Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita Rusia maut insiden bot berlanggar berhampiran Pulau Phi Phi
  • KEMALANGAN

Wanita Rusia maut insiden bot berlanggar berhampiran Pulau Phi Phi

Utusan Sarawak 14 hours ago
WANITA Rusia maut dalam perlanggaran antara bot pelancong dan bot pukat tunda di luar pesisir Thailand hari ini.

BANGKOK: Seorang wanita Rusia maut dalam perlanggaran antara bot pelancong dan bot pukat tunda di luar pesisir Thailand hari ini, yang turut mencederakan 21 orang, menurut Konsulat Jeneral Rusia di Phuket kepada RIA Novosti.

Akhbar Thai Rath melaporkan bahawa warga Rusia berusia 18 tahun, Elizaveta Starykh meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Malangnya, kematian wanita Rusia itu telah disahkan. Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai individu lain yang cedera,” kata Konsul Jeneral Rusia, Egor Ivanov.

Menurut pentadbiran wilayah Phuket, perlanggaran itu berlaku berhampiran Pulau Phi Phi sekitar 9.00 pagi waktu tempatan (02:00 GMT) hari ini. Ketika kejadian, terdapat 52 pelancong asing di atas bot pelancong berkenaan, termasuk warga Rusia, serta tiga kru warga Thailand.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera ringan kemalangan di Jalan Batu Niah-Sepupok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.