Wanita Rusia ditahan di Ecuador disyaki seludup 32 iguana dalam bagasi – Polis

Facebook
WhatsApp
WANITA warga Rusia membawa 32 iguana marin dari Kepulauan Galapagos dalam bagasinya. Foto X

MEXICO CITY: Seorang wanita warga Rusia yang membawa 32 iguana marin dari Kepulauan Galapagos dalam bagasinya ditahan di Quito, menurut polis Ecuador.

“Di Quito, polis Ecuador menemukan 32 iguana marin dari Kepulauan Galapagos dalam bagasi seorang warga Rusia,” menurut polis menerusi hantaran di X, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Wanita Rusia itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan hidupan liar. 

Operasi itu dijalankan bersama pejabat pendakwa raya dan pihak berkuasa alam sekitar yang bertanggungjawab mengenal pasti serta melindungi haiwan.

Polis tidak menyatakan dari mana iguana berkenaan diperoleh atau destinasi yang ingin dituju wanita terbabit. 

Iguana marin ialah spesies endemik Kepulauan Galapagos.

Agensi itu menegaskan bahawa hidupan liar perlu dilindungi dan tidak seharusnya menjadi sasaran perdagangan haram. – Bernama

ICE rancang guna robot anjing

WASHINGTON: Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menggunakan robot menyerupai anjing dalam operasinya, lapor Agensi Akhbar