Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi lebih RM3,200 akibat penipuan panggilan telefon di Bau
  • JENAYAH

Wanita rugi lebih RM3,200 akibat penipuan panggilan telefon di Bau

Utusan Sarawak 8 hours ago
WANITA rugi lebih RM3,200 akibat penipuan panggilan telefon di Bau

BAU: Seorang wanita berusia 22 tahun kerugian RM3,202.26 selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon yang melibatkan pembatalan insurans palsu berkaitan platform beli-belah dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong sekitar jam 3.35 petang pada 24 Mac.

Menurutnya, kejadian bermula pada 7 Mac apabila mangsa dihubungi individu tidak dikenali yang mengaku wakil daripada platform Taobao dan memaklumkan mangsa telah melanggan insurans perlindungan barangan dengan bayaran RM500 sebulan selama 24 bulan.

“Mangsa menafikan perkara itu dan mahu membuat pembatalan, namun diminta membuat bayaran RM2,008.46 sebagai caj pembatalan yang kononnya akan dipulangkan semula,” katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat bayaran awal melalui imbasan kod QR dan menerima semula wang tersebut, sekali gus menyebabkan mangsa mempercayai urusan itu adalah sah.

Pada hari sama, mangsa menerima panggilan daripada individu lain yang mengaku daripada Bank Negara Malaysia dan memandu mangsa untuk melengkapkan proses pembatalan.

“Percaya dengan arahan itu, mangsa membuat lima transaksi ke dua akaun berbeza melalui kod QR melibatkan akaun Touch ‘n Go dan Maybank,” katanya.

Bagaimanapun, wang yang dijanjikan tidak dipulangkan sehingga laporan dibuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Semakan mendapati akaun dan nombor telefon terlibat tidak mempunyai rekod terdahulu.

Mohd Haide menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak membuat sebarang bayaran kepada individu tidak dikenali, khususnya melalui kod QR atau panggilan mencurigakan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemandu disaman susulan video tular pemanduan berbahaya
Next: Kes dua lelaki positif dadah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.