Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi lebih RM255,000 tertipu skim pelaburan ‘cepat untung’ di Kuching
  • JENAYAH

Wanita rugi lebih RM255,000 tertipu skim pelaburan ‘cepat untung’ di Kuching

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Polis Kuching telah menerima satu laporan mengenai penipuan pelaburan dalam talian melibatkan skim palsu yang dikenali sebagai MML-Max.

Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 46 tahun, dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bernama Merrill Lynch & Co Inc TA/TA pada 26 Ogos lalu, yang kononnya merupakan kumpulan pelaburan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mangsa telah membaca mesej dalam kumpulan tersebut yang mendakwa pelaburan itu menawarkan keuntungan cepat.

Mangsa berminat dengan tawaran tersebut dan memuat turun aplikasi MML-Max dan membuat 15 transaksi ke enam akaun bank berbeza.

Apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan yang tertera dalam aplikasi berkenaan, pelbagai alasan diberikan dan dia gagal mengakses wangnya. Alexson berkata, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM255,834.50 akibat penipuan pelaburan ini.

Beliau menambah bahawa dari 1 Januari hingga 30 Oktober tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menyiasat 92 kes dengan modus operandi yang sama, melibatkan kerugian RM10,731,235.38.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperdaya mangsa bagi tujuan penyerahan harta. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Alexson menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan iklan-iklan sedemikian di media sosial dan membuat pengesahan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melakukan sebarang transaksi kepada pihak ketiga.

Mangsa penipuan juga boleh menghubungi talian hotline NSRC di 997 untuk melaporkan penipuan dalam talian.

“Sentiasa berwaspada dan pastikan anda membuat pengesahan sebelum menghantar wang kepada sesiapa secara dalam talian,” ujarnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditangkap dalam serbuan judi di Kampung Tellian Tengah
Next: Lelaki ditahan halang polis jalankan tugas, seorang suspek masih bebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.