Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi hampir RM340,000 terpedaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching
  • JENAYAH

Wanita rugi hampir RM340,000 terpedaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Wanita tempatan berusia 40 tahun mengalami kerugian sebanyak RM339,486 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian di Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes penipuan pelaburan saham tidak wujud dikenali sebagai ‘Navis Wealth’.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 3 Disember lalu ketika mangsa berada di rumah sebelum tertarik untuk menyertai pelaburan saham berkenaan yang ditemui melalui Facebook.

“Mangsa kemudiannya menerima satu pautan untuk memuat turun aplikasi menerusi laman web https://www.naviscapital.co/ sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang percaya dengan tawaran tersebut telah membuat bayaran secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank syarikat berbeza, melibatkan 22 transaksi pemindahan wang secara dalam talian.

Bagaimanapun, mangsa mula mengesyaki telah ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dipaparkan dalam akaun aplikasi ‘Navis Wealth’.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM339,486,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta mendorong penyerahan harta secara tidak jujur, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan senarai entiti berlesen di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, selain tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Orang ramai yang mengesyaki diri menjadi mangsa penipuan digesa menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dalam tempoh 24 jam, atau melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak di talian 011-62890089 atau e-mel kjsjkswk@rmp.gov.my,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Terpedaya panggilan palsu, suri rumah kerugian RM101,900

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.