Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita PRS mulakan gerak kerja strategik hadapi PRN13  
  • TEMPATAN

Wanita PRS mulakan gerak kerja strategik hadapi PRN13  

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie semasa mempengerusikan mesyuarat sulung parti itu bagi 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat PRS kelmari. Foto: Dato’ Sri Doris Sophia Brodie

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dengan memulakan gerak kerja strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN13) yang dijangka berlangsung tahun ini.

Ketua Pergerakan Wanita PRS, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata penyelarasan awal merupakan kunci utama untuk memastikan jentera wanita parti berada dalam keadaan mantap dan tersusun menjelang pilihan raya negeri tersebut.

Beliau menegaskan, usaha memperkukuh jentera wanita bukan sahaja tertumpu kepada pilihan raya negeri, malah turut dirangka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

“Penyediaan awal amat penting supaya semua bahagian Wanita PRS bergerak seiring dengan agenda pusat dan mempunyai perancangan yang jelas dalam mendekati pengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Doris, dalam mesyuarat sulung bagi 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat PRS kelmarin, beberapa agenda utama telah digariskan termasuk penyelarasan aktiviti, pemerkasaan ahli, konsolidasi organisasi dan pengukuhan jaringan akar umbi.

Katanya, program tahunan akan dirangka selaras dengan aspirasi parti bagi meningkatkan peranan aktif wanita dalam proses membuat keputusan serta gerak kerja parti di semua peringkat.

Selain itu, perpaduan dalaman organisasi juga akan terus diperkukuh bagi memastikan jentera wanita dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang padu dan berkesan.

Doris turut menzahirkan komitmen penuh Pergerakan Wanita PRS untuk menyokong kepimpinan parti dan memastikan kemenangan mutlak di semua kerusi yang diperuntukkan kepada PRS pada pilihan raya akan datang.

Langkah proaktif sayap wanita PRS itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa pergerakan tersebut kini lebih tersusun dan bersedia memainkan peranan penting dalam mempertahankan mandat rakyat serta memperkukuh kedudukan PRS dalam landskap politik negeri dan nasional.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang tambah petugas kesihatan di HUS, perkukuh pelaksanaan MA63
Next: Jambatan Batang Rambungan dijangka siap awal, digunakan sebelum hujung tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.