Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita PRS fokus persiapan rapi hadapi TDC pada 18-19 Oktober depan
  • TEMPATAN

Wanita PRS fokus persiapan rapi hadapi TDC pada 18-19 Oktober depan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie semasa mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Wanita PRS kali ke-3 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat PRS di Kuching, semalam. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, menegaskan bahawa fokus utama Pergerakan Wanita PRS ketika ini adalah melakukan persiapan rapi menjelang Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) PRS 2025.

Perhimpunan tersebut dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober depan.

Beliau menyatakan demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Wanita PRS kali ke-3 tahun ini di Ibu Pejabat PRS, semalam.

Menurut Doris, seluruh barisan kepimpinan Wanita PRS perlu berada dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan kelancaran penganjuran TDC, yang merupakan platform penting dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan parti untuk penggal seterusnya.

“Semua sayap Wanita PRS di peringkat bahagian juga diingatkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian masing-masing selaras dengan peruntukan Perlembagaan Parti. 

“Ini penting untuk memastikan struktur organisasi di semua peringkat berada dalam keadaan teratur menjelang TDC,” katanya.

Dalam mesyuarat yang sama, Doris turut mengumumkan bahawa Pertandingan Futsal Tahunan merebut Piala Pusingan Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, yang sepatutnya berlangsung September ini, akan ditangguhkan ke Februari 2026 bagi memberi laluan penuh kepada persiapan TDC.

“Keutamaan kita ketika ini adalah TDC 2025, justeru semua aktiviti lain perlu disusun semula supaya perjalanan persidangan berjalan lancar dan teratur,” jelasnya.

Menurut Doris, mesyuarat tersebut menjadi platform penting untuk memperkemaskan gerak kerja Wanita PRS dalam usaha memperkukuh perpaduan parti menjelang TDC, yang dijangka berlangsung dengan penuh dinamik dan bersejarah.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Miri bersiap sedia jadi pusat sambutan Hari Sarawak 2025
Next: Yong refutes claim linking state seat increase to parliamentary representation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.