Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita perlu proaktif gerak aktiviti ekonomi
  • WILAYAH

Wanita perlu proaktif gerak aktiviti ekonomi

Utusan Sarawak 5 months ago

DARO: Wanita di Daro terus digalakkan untuk lebih proaktif, memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi demi kemajuan komuniti.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, menekankan bahawa wanita memegang peranan penting sebagai tulang belakang dalam membangunkan komuniti setempat.

“Wanita adalah tonggak utama dalam memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakat. 

“Mereka juga memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Daro di Dewan Masyarakat Daro, semalam.

Dalam pada itu, majlis tersebut diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PPWS Daerah Daro telah disempurnakan oleh Ahmad Johnie dan berlangsung dengan meriah.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta penyampaian hadiah kepada ahli-ahli PPWS yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Majlis makan malam ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan pencapaian PPWS Daerah Daro, malah juga sebagai platform mempererat hubungan antara ahli dan menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan komuniti.

Continue Reading

Previous: Raikan sambutan perayaan kaum di sekolah semai perpaduan
Next: Kerja naik taraf Jalan Si Wo siap, boleh digunakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.