Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Ranting Kampung Dit santuni ibu tunggal sempena Hari Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

Wanita PBB Ranting Kampung Dit santuni ibu tunggal sempena Hari Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
PERGERAKAN Wanita PBB Ranting Kampung Melayu Dit melakukan gotong-royong membersihkan rumah seorang ibu tunggal, Sanah Mawat di Kampung Melayu Dit, hari ini. Foto: MTMA

DEBAK: Sempena sambutan Hari Sarawak, Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Melayu Dit telah melaksanakan Program Prihatin dengan menyantuni seorang ibu tunggal, Sanah Mawat, serta bergotong-royong membersihkan rumah beliau di Kampung Melayu Dit, hari ini.

Program khidmat masyarakat itu melibatkan penyertaan aktif ahli-ahli Wanita PBB Ranting Kampung Dit yang berganding bahu melaksanakan kerja pembersihan serta menceriakan persekitaran rumah Sanah.

Menurut Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Dit, Ambala Bujang berkata program tersebut diadakan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan serta memupuk semangat kebersamaan dan sukarelawan dalam kalangan ahli Wanita PBB.

“Melalui aktiviti sebegini, kita mahu menyemai budaya prihatin sesama komuniti, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan penduduk setempat,” katanya.

Beliau turut menegaskan, Hari Sarawak bukan sekadar sambutan simbolik tetapi menjadi platform untuk mengukuhkan nilai perpaduan dan membantu golongan kurang berkemampuan.

Tambah beliau, aktiviti gotong-royong ini juga menjadi lambang solidariti masyarakat setempat dalam menyemarakkan nilai kasih sayang dan keprihatinan, seiring dengan semangat sambutan Hari Sarawak.

“Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semangat sukarelawan dan keprihatinan terus hidup dalam masyarakat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chong submits emergency motion on stone-throwing incidents at Jalan Batu Kawa
Next: ADUN Kalaka komited perkasa kemudahan belia dan komuniti majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.