Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Machan hulur sumbangan kepada pesakit OKU dan individu sakit kronik
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita PBB Machan hulur sumbangan kepada pesakit OKU dan individu sakit kronik

Utusan Sarawak 4 hours ago
SUMBANGAN…Belala (enam kanan) menyampaikan sumbangan Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan kepada Samsudin.

KANOWIT: Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Machan menyalurkan sumbangan kepada pesakit orang kurang upaya (OKU) dan dua individu yang mengalami masalah kesihatan kronik.

Mereka menerima bantuan berbentuk kerusi roda dan sumbangan kewangan bagi membantu urusan harian serta rawatan perubatan.

Dalam program berkenaan, Caroline Tibu dari Rumah Tibu Bukong, Kanowit pesakit Sindrom Down menerima sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Selain itu, Samsudin Sani pesakit kencing manis yang telah dipotong kedua-dua belah kakinya dan bapa mentuanya Nyambong Tamba, warga emas yang mengalami masalah kesihatan dari Rumah Ruma, Simpang Jagoi/Lesih menerima sumbangan kewangan.

SUMBANGAN…Belala (enam kiri) mengetuai Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Caroline.

Ketiga-tiga pesakit ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong dan Ketua Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan, Datin Sri Dato Catherine Gramong.

Setiausaha Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan, Tuai Rumah Madeline Bembang Lanting, usaha ini bertujuan memastikan golongan terjejas sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.

“Kami sedaya upaya membantu keluarga yang berdepan cabaran hidup, terutama apabila ketua keluarga tidak mampu bekerja. Sokongan seperti ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka,” jelasnya.

Madeline turut melahirkan rasa simpati apabila mengetahui isteri Samsudin terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dengan lima anak yang masih bersekolah, selain menjaga ibu bapa yang uzur.

Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Bendahari Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan, merangkap Ahli Majlis Tertinggi PBB Negeri Sarawak, Kaunselor Belala Empawie.

Turut hadir Exco Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan dan ahli pergerakan dari Ranting Machan, Bukong dan Germai.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS keluarkan notis amaran kebersihan ke atas enam premis makanan di Sibu
Next: Program Sembang Santai PDRM dekati komuniti rumah panjang di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.