Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Bukit Sari santuni enam ranting, eratkan hubungan dengan akar umbi
  • WILAYAH

Wanita PBB Bukit Sari santuni enam ranting, eratkan hubungan dengan akar umbi

Utusan Sarawak 20 hours ago
TURUN PADANG… Wanita PBB Cawangan Bukit Sari sentiasa turun padang menyantuni setiap zon PBB di Cawangan PBB Bukit Sari Lawas. Foto Adeng Edrus

LAWAS: Enam ranting Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Bukit Sari telah disantuni oleh Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Sari Lawas baru-baru ini.

Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, Aujiana Garip memberitahu Program Jelajah Zon Ranting Wanita PBB Bukit Sari pada kali ini melibatkan enam ranting dalam sukaneka santai ria Zon Bandar dan Zon Ladang Wanita PBB Bukit Sari Lawas.

“Enam ranting terlibat ialah Ranting Wanita PBB Kampung Ladang/Lakutan, Kampung Batu 2, RKB, Luagan/Surubaya, Kampung Karangan dan Kampung Banting yang melibatkan seramai 90 orang ahli jawatankuasa daripada enam ranting berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KEBAJIKAN RAKYAT… (Empat dari kanan) Auji menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu yang sakit di akar umbi. Foto Adeng Edrus

Program ini bertujuan untuk menyantuni dan mendekatkan lagi secara bersemuka antara Wanita PBB Cawangan Bukit Sari dengan wanita setiap zon atau ranting yang ada di Lawas.

Aujiana turut merakamkan terima kasih atas usaha Zon Ladang dan Zon Bandar serta rasa bersyukur atas kejayaan program tersebut.

“Kita ingin bersama-sama akar umbi membina kesepakatan yang kuat dalam kalangan Pergerakan Wanita PBB Bukit Sari dan Ranting Wanita PBB Bukit Sari terlibat.

“Selain itu, kita mahu memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan parti, ” tambahnya.

ZIARAH KASIH… (dari kanan) Ramlah bersama Aujiana menyantuni seorang warga emas yang sakit terlantar di rumah. Foto Adeng Edrus

Beliau juga mahu rakyat akar umbi mengetahui lebih jelas mengenai hala tuju pembangunan di Daerah Lawas yang telah dan sedang dilaksana oleh kepimpinan di Lawas khususnya Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

“Penting untuk akar umbi kita mengetahui segala perancangan dan peluang yang hadir bersama pembangunan yang dilaksana di Lawas.

“Memang kedua wakil rakyat kita sentiasa berdampingan dan amat peka dengan perkembangan di akar umbi,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar digesa elak ‘brain drain’, pulang berbakti kepada negara
Next: Perkhidmatan feri Batang Paloh kembali beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.