Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Bukit Saban anjur Kursus Pengendalian Makanan di Spaoh
  • WILAYAH

Wanita PBB Bukit Saban anjur Kursus Pengendalian Makanan di Spaoh

Utusan Sarawak 4 hours ago
KURSUS Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban di Dewan Masyarakat Spaoh hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier

SPAOH: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan di Dewan Masyarakat Spaoh hari ini, dengan penyertaan 56 peserta bagi memperkasa golongan wanita melalui pengetahuan keselamatan makanan dan peluang keusahawanan.

Kursus yang dilaksanakan dengan kerjasama Yahos School of Skills itu memberi pendedahan menyeluruh berkaitan teknik pengendalian makanan yang betul, amalan kebersihan, penyediaan makanan selamat serta kefahaman terhadap akta dan peraturan berkaitan industri makanan.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Douglas berkata, program berkenaan dirangka bagi membina keyakinan dan keupayaan wanita, khususnya mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan di peringkat rumah, komuniti serta individu yang berminat menceburi perniagaan makanan secara kecil-kecilan.

KURSUS Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban di Dewan Masyarakat Spaoh hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier

Menurut beliau, penguasaan aspek asas keselamatan makanan amat penting bagi melindungi pengguna daripada risiko pencemaran makanan, selain memastikan kualiti produk yang dihasilkan memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

“Kursus ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pengendalian makanan yang selamat, malah membuka ruang kepada wanita untuk menjana pendapatan melalui perniagaan makanan yang mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau menambah, penganjuran program seumpama itu selari dengan usaha memperkasa ekonomi wanita di peringkat akar umbi serta menyokong agenda pembangunan komuniti yang mampan.

Program berkenaan turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban yang memainkan peranan memastikan perjalanan kursus berjalan lancar dan mencapai objektif ditetapkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK DUN Kemena digalak pimpin komuniti ke arah kemajuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.