Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita parah, dua cedera ringan kemalangan treler di Lebuh Raya Pan Borneo Sibu–Selangau
  • KEMALANGAN

Wanita parah, dua cedera ringan kemalangan treler di Lebuh Raya Pan Borneo Sibu–Selangau

Utusan Sarawak 18 hours ago
SEBUAH LORI TRELER.…Kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Sibu – Selangau, tengah hari tadi.

SELANGAU: Seorang wanita cedera parah, manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami kecederaan ringan selepas treler yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Sibu–Selangau, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, seramai lima anggota bersama sebuah Jentera Penyelamat Kebakaran (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 12.14 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori treler. Terdapat tiga orang mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan serta seorang wanita dewasa cedera parah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi. 

“Kesemua mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tiada operasi penyelamatan dilakukan oleh pasukan bomba di lokasi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu wanita cedera insiden kereta bertembung di Lawas
Next: Lelaki maut dalam nahas motosikal di simpang Citi Hotel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.