Demi kelangsungan hidup, beliau yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donut di YouTube sebelum menjaja kuihnya itu di kawasan tumpuan sekitar Ipoh bagi membantu menjana pendapatan keluarga.
Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh suamin Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal pukul 5 petang untuk menjaja kuih donat yang jual dengan harga RM5 bagi setiap set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan pisang.
Bercerita lanjut, Zaitun berkata walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup, namun ia bukanlah pengakhiran malah keadaan itu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus mengubah nasib keluarga termasuk mengusahakan pelbagai perniagaan antaranya kraftangan anyaman bakul, gubahan bunga, dan kuih-muih.
Hakikatnya, jauh di sudut hati wanita ini, tersimpan rasa sayu apabila beliau tidak dapat melebarkan sayap perniagaan akibat ketiadaan kad pengenalan diri. Justeru, Zaitun berharap agar ada pihak berkaitan dalam kerajaan dapat membantunya bagi mendapatkan kad pengenalan diri agar masa depan dia dan keluarganya,lebih terbela.