Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut dalam kemalangan kendiri di Selangau
  • KEMALANGAN

Wanita maut dalam kemalangan kendiri di Selangau

Utusan Sarawak 18 hours ago
MAUT…Seorang maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Sekolah Sungai Bawang, Balingian, di sini, petang semalam. Foto kredit IPD

SELANGAU: Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sekolah Sungai Bawang, Balingian, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian sekitar 2.45 petang itu, mangsa yang memandu sebuah Perodua Bezza dari arah Sekolah Sungai Bawang menuju ke Sibu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit.

“Mangsa yang memandu seorang diri mengalami kecederaan pada kedua-dua kaki dan telah dibawa oleh suaminya yang tiba di lokasi kejadian ke Klinik Kesihatan Selangau untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 4.20 petang oleh pegawai perubatan semasa mendapatkan rawatan.

Menurutnya, sejurus selepas kejadian itu, sebuah lagi kenderaan jenis pikap turut terlibat dalam kemalangan kendiri di lokasi sama, namun tiada maklumat lanjut berhubung insiden kedua tersebut setakat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rahmat Jaalimin di talian 011-31627137 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Bako
Next: Puluhan jemaah umrah India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.