Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita lemas di pantai Sydney pada pagi tahun baharu, seorang lelaki hilang
  • KEMALANGAN

Wanita lemas di pantai Sydney pada pagi tahun baharu, seorang lelaki hilang

Utusan Sarawak 3 hours ago
WANITA lemas selepas dihanyutkan ke laut dari pantai di Sydney pada awal pagi tadi, manakala seorang perenang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan.

SYDNEY: Seorang wanita lemas selepas dihanyutkan ke laut dari pantai di Sydney pada awal pagi tadi, manakala seorang perenang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan Polis New South Wales.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan sekitar 5.00 pagi tadi (1800 GMT Rabu), sejam selepas perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Pantai Maroubra susulan laporan mengenai individu yang dihanyutkan ke laut.

Dalam kejadian berasingan, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan pada pagi tadi bagi mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang dilaporkan hilang di perairan Coogee, hanya beberapa kilometer ke utara Maroubra.

Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun juga masih hilang selepas bot terbalik di Northern Beaches, Sydney pada pagi Rabu lepas, yang turut meragut nyawa seorang lelaki.

Menurut data Royal Life Saving, minggu antara Hari Krismas dan Hari Tahun Baharu merupakan tempoh paling maut bagi kes lemas di Australia. Secara purata, seramai 15 orang maut akibat lemas setiap tahun dalam tempoh itu.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu, 11 mangsa terlibat
Next: Kemas kini: Dua maut, sembilan cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.