Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ‘Wanita Facebook’ janji untung 10%, mekanik Sibu rugi lebih RM317,000
  • JENAYAH

‘Wanita Facebook’ janji untung 10%, mekanik Sibu rugi lebih RM317,000

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan.


SIBU: Seorang mekanik berusia lingkungan 40-an di sini menanggung kerugian lebih RM317,000 selepas terpedaya dengan pelaburan perniagaan barang perhiasan wanita yang ditawarkan seorang wanita dikenali melalui Facebook.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berkenalan dengan wanita berbangsa Cina itu pada 13 Jun lalu sebelum ditawarkan menyertai perniagaan sambilan membeli dan menjual semula barang kemas di laman web jinbaofufc.vip/inc dengan janji pulangan komisen 10 peratus.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa membuat 21 transaksi pindahan wang ke 10 akaun bank berbeza antara 13 Jun hingga 28 Julai, berjumlah RM317,048,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa cubaan mengeluarkan wang keuntungan seperti dijanjikan, mangsa tidak lagi menerima sebarang maklum balas malah laman web berkenaan tidak dapat diakses.

“Menyedari ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Zulkipli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atau iklan perniagaan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat yang menjanjikan pulangan lumayan.

Tambah beliau, orang ramai boleh membuat semakan terlebih dahulu di portal SSM OBA (Online Business Alert) atau melalui laman sesawang semakmule.ccid.rmp.gov.my bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau mengikuti laman Facebook rasmi @CyberCrimeAlertRMP dan @JSJKPDRM,” ujarnya.


Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Aksi ‘wheelie’ berakhir di lokap, lelaki muda ditahan di Miri
Next: Suri rumah di Sibu rugi RM234,400 terpedaya panggilan ‘Pegawai MCMC’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.