Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Wanita ditahan lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna di Los Angeles
  • HIBURAN

Wanita ditahan lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna di Los Angeles

Utusan Sarawak 8 hours ago
RIHANNA, antara bintang pop paling popular di dunia, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tembakan tersebut.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Seorang wanita yang didakwa melepaskan tembakan menggunakan senapang ke arah rumah mewah penyanyi pop terkenal, Rihanna, di Los Angeles ketika bintang itu berada di dalam kediaman ditahan polis semalam.

Pegawai bandar itu berkata beberapa das tembakan dilepaskan ke arah rumah berkenaan pada tengah hari Ahad oleh seorang suspek yang memandu kereta Tesla putih sebelum berhenti di seberang jalan.’

Rakaman udara selepas kejadian menunjukkan kesan lubang peluru pada pintu pagar kediaman luas itu yang didiami Rihanna bersama penyanyi rap, A$AP Rocky, serta tiga anak mereka.

Jabatan Polis Los Angeles berkata Ivanna Lisette Ortiz ditahan di sebuah kompleks beli-belah kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Kapten Mike Bland memberitahu wartawan bahawa senjata yang digunakan ialah senapang jenis AR-15.

Ortiz ditahan atas syak melakukan cubaan membunuh dengan jaminan ditetapkan sebanyak AS$10.225 juta.

Rihanna, antara bintang pop paling popular di dunia, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tembakan tersebut. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Aktor Malaysia Shabby melangkah ke dunia pengarahan, buka pintu buat bakat muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.