Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan jadi ‘keldai akaun’, terlibat penipuan dalam talian lebih RM35,500
  • JENAYAH

Wanita ditahan jadi ‘keldai akaun’, terlibat penipuan dalam talian lebih RM35,500

Utusan Sarawak 5 hours ago
WANITA tempatan berusia lewat 30-an ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian membabitkan kerugian melebihi RM35,500 yang dilaporkan di Pulau Pinang dan Sabah. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Wanita tempatan berusia lewat 30-an ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian membabitkan kerugian melebihi RM35,500 yang dilaporkan di Pulau Pinang dan Sabah.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, suspek diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lubok Antu yang diketuai Inspektor Muhammad Asyraf Azmi pada petang tadi di kawasan Pekan Engkilili.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan dipercayai berperanan sebagai ‘keldai akaun’ dalam satu kes penipuan cinta serta satu lagi kes penipuan e-dagang.

Kedua-dua kes berkenaan dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Sabah dengan jumlah keseluruhan kerugian mangsa dianggarkan melebihi RM35,500.

Polis percaya suspek membenarkan akaun bank miliknya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan menerima dan memindahkan wang hasil kegiatan penipuan tersebut.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu atas apa jua alasan kerana ia boleh dieksploitasi untuk aktiviti jenayah.

Tegasnya, individu yang bertindak sebagai keldai akaun boleh didakwa di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes kini dalam siasatan lanjut dan polis tidak menolak kemungkinan terdapat lagi individu lain yang terlibat dalam rangkaian penipuan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Aktiviti judi ‘holo’ tumpas, lima lelaki tempatan ditahan di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.