Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan, 18 paket syabu dirampas di Tabuan Jaya
  • JENAYAH

Wanita ditahan, 18 paket syabu dirampas di Tabuan Jaya

Utusan Sarawak 4 hours ago
DADAH yang dirampas daripada suspek

KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 49 tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Tabuan Jaya pada 2.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan itu polis merampas 18 paket plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5.07 gram dengan anggaran nilai pasaran RM557.

Menurutnya, suspek didapati negatif dadah berdasarkan ujian saringan awal air kencing dan semakan lanjut mendapati wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejayaan operasi berkenaan adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” tegasnya.

Tambah beliau, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kekal komited membanteras penyalahgunaan dadah bagi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau hotline JSJN Kontinjen Sarawak di 017-592 9211,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: SPRM tahan ketua pengarah agensi kerajaan disyaki seleweng dana RM900,000
Next: Tiga suspek curi meter air ditahan di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.