Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita dipenjara seumur hidup jual anak perempuan berusia 6 tahun
  • GLOBAL

Wanita dipenjara seumur hidup jual anak perempuan berusia 6 tahun

Utusan Sarawak 3 days ago
RAQUEL “Kelly” Smith (tengah) berdiri di dalam mahkamah ketika hakim membacakan hukuman terhadapnya dan rakan tertuduh, atas pertuduhan menculik dan memperdagangkan manusia melibatkan anaknya yang hilang, Joshlin Smith, di Saldanha Bay pada 29 Mei 2025. Foto AFP

AFRIKA SELATAN: Sebuah mahkamah di Afrika Selatan pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang wanita kerana menculik dan menjual anak perempuannya yang berusia enam tahun, dalam satu kes yang mengejutkan negara itu.

Joshlin Smith dilaporkan hilang pada Februari tahun lalu dari rumahnya di Saldanha Bay, sebuah bandar nelayan yang terletak 135 kilometer di utara Cape Town, dan sehingga kini masih belum ditemui.

Ibunya, Racquel “Kelly” Smith, didapati bersalah kerana menculik dan menjual kanak-kanak perempuan itu, dipercayai dengan harga 20,000 rand (AS$1,100).

SEORANG orang awam memakai baju dengan gambar kanak-kanak hilang, Joshlin Smith, di mahkamah Saldanha Bay pada 29 Mei 2025. Foto AFP

Hakim Nathan Erasmus memutuskan bahawa Smith, 35, bersama dua lagi tertuduh — teman lelakinya dan seorang rakan mereka — turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan pemerdagangan manusia.

Mereka juga dijatuhi hukuman penjara 10 tahun secara serentak bagi kesalahan menculik.

“Saya juga mengarahkan nama anda dimasukkan ke dalam daftar perlindungan kanak-kanak,” kata Erasmus.

Smith hadir di mahkamah dan mengikuti prosiding selama satu jam itu dengan wajah tanpa ekspresi.

Pada awalnya, beliau menerima simpati ramai apabila anaknya dilaporkan hilang, sekali gus mencetuskan operasi pencarian besar-besaran di seluruh negara.

Gambar Joshlin yang memperlihatkan mata hijaunya yang menonjol, senyuman lebar dan tocang berwarna perang memenuhi ruang internet.

Kes itu menarik perhatian seluruh negara, termasuk seorang menteri yang menawarkan ganjaran satu juta rand (AS$54,000) bagi kepulangan Joshlin dalam keadaan selamat.

Namun, kes itu berubah arah apabila pihak pendakwaan mendakwa bahawa Smith telah menjual anak perempuannya kepada seorang pengamal perubatan tradisional yang berminat terhadap mata dan kulit cerah kanak-kanak tersebut.

Afrika Selatan merupakan antara negara yang mencatat kadar jenayah tertinggi di dunia, dan kes penculikan kanak-kanak semakin meningkat. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Luís Montenegro dilantik semula sebagai Perdana Menteri Portugal
Next: Myanmar mesti tamatkan konflik atau berdepan krisis kemanusiaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.