Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan
  • NASIONAL

Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan

Utusan Sarawak 11 hours ago
Datuk Seri Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih belas kasihan dan berpusat kepada rakyat susulan insiden seorang wanita dilaporkan tidak dibenarkan memasuki kawasan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka pada Isnin.

Dalam hantaran di laman sosial X hari ini, Nancy berkata tiada wanita sepatutnya dihalang daripada membuat laporan polis hanya kerana pakaiannya.

“Jika bukan perkara mendesak, tiada sesiapa yang berjalan masuk ke balai polis untuk membuat laporan sekadar suka-suka,” katanya.

Nancy mengalu-alukan siasatan dalaman yang telah dimulakan berhubung kejadian itu, sambil berharap amalan penguatkuasaan di semua agensi awam dapat dipertingkat bagi menjaga maruah dan keselamatan semua pihak, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Sebelum ini, kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku kerana wanita berkenaan tidak mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan bagi premis kerajaan.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam kenyataan pada Selasa berkata pada 5.00 petang Isnin, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu tiba di IPD berkenaan bersama ibunya, berusia lingkungan 50-an untuk membuat laporan selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pegawai polis yang bertugas di pintu hadapan bagaimanapun menasihatkan mereka pulang dan menukar pakaian yang lebih sesuai sebelum membuat laporan, memandangkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Arahan itu selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 1 Disember 2020 berhubung penambahbaikan pengurusan hubungan pelanggan dalam sektor awam,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KPT tunggu kelulusan Kabinet bagi pengecualian moratorium program undang-undang di Sabah, Sarawak
Next: Kerajaan peruntuk RM190 juta untuk 13 projek perumahan nelayan seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.