Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Wanita dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan termasuk mencederakan dengan air panas 
  • MAHKAMAH

Wanita dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan termasuk mencederakan dengan air panas 

Utusan Sarawak 6 months ago

SIBU: Wanita berusia 45 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Bibi Narcessus Dryddeen Jitai didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Bibi didakwa mengabaikan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dengan menghalaunya keluar dari rumah kediamannya pada 15 Ogos kira-kira jam 6 petang.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendera secara fizikal seorang budak lelaki berusia 11 tahun menggunakan kayu penyapu pada 15 Ogos kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dia juga didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap budak yang sama apabila mencederakannya dengan air panas sehingga melecur pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 5 petang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pahlawan di sini.

Tiada pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Romie Ahmad Zaidi.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan lanjut kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Terima upah RM5,000 bawa dadah naik pesawat ke Sarawak
Next: Curi TV, pemuda kena jel 8 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.