Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Wanita digesa beranikan diri jalani pemeriksaan mamogram – Rosey
  • KESIHATAN

Wanita digesa beranikan diri jalani pemeriksaan mamogram – Rosey

Utusan Sarawak 19 hours ago
RASMI… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus (tengah) semasa merasmikan Program Pink October LPPKN: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 di Miri, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Wanita digesa beranikan diri menjalani pemeriksaan mamogram bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal yang mampu menyelamatkan nyawa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan bersama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti.

Katanya, ramai wanita di kawasan luar bandar masih berasa segan untuk tampil membuat pemeriksaan walaupun sedar tentang kepentingannya.

“Kesedaran ini sangat perlu kerana di luar bandar masih wujud stigma ,malu nak pergi periksa. Selain itu, isu akses kepada kemudahan kesihatan juga menjadi cabaran,” katanya ketika berucap pada Program Pink October Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN): Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 di sini, hari ini.

AMANAT… Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus semasa menyampaikan amanat beliau pada Program Pink October LPPKN: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 di Miri, hari ini. Foto UKAS

Rosey turut menambah bahawa salah faham dan kepercayaan terhadap petua tradisional turut menyukarkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pemeriksaan awal.

“Kita masih dengar ada yang percaya nasihat kawan atau amalan tradisional seperti memakai minyak tertentu dan sebagainya. Jadi, banyak cabaran yang perlu dihadapi bila bercakap tentang kesedaran, terutama bagi masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Menurut Rosey, sejak diperkenalkan pada 2007, Program Subsidi Ujian Mamogram Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memberi manfaat kepada lebih 560,000 wanita di seluruh negara termasuk 85,684 wanita di Sarawak.

Katanya, LPPKN Sarawak terus memperluas capaian program ke kawasan pedalaman dengan kerjasama enam panel pusat mamogram berdaftar di seluruh negeri.

Menurut beliau, statistik menunjukkan Sarawak mencatat 1,581 kes kanser payudara antara 2012 hingga 2016, dengan hampir 48 peratus dikesan pada tahap lewat (Tahap 3 dan 4).

“Lebih membimbangkan, 71 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas tidak pernah menjalani mamogram, manakala 46 peratus tidak membuat pemeriksaan kendiri,” ujarnya.

Beliau menambah, di bawahKempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) 2025, kerajaan menyasarkan 35,000 wanita mendapat manfaat melalui subsidi ujian mamogram tahun ini.

Rosey berharap sambutan Pink October menjadi titik permulaan bagi memperkukuh kesedaran wanita untuk menjaga kesihatan diri dan menjalani pemeriksaan secara berkala.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM sasar 20,000 wanita jalani saringan kanser payudara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.