Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Wanita didenda RM6,000 guna kad pengenalan orang lain tuntut MyKasih
  • MAHKAMAH

Wanita didenda RM6,000 guna kad pengenalan orang lain tuntut MyKasih

Utusan Sarawak 1 week ago
DIDAKWA… Ling Chui Tin ketika hadir di Mahkamah Majistret Sibu hari ini atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan penyalahgunaan dadah.

SIBU: Seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain bagi menuntut bantuan MyKasih.

Tertuduh, Ling Chui Tin, 32, gagal membayar denda dan diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan, iaitu sebulan bagi setiap pertuduhan, seperti diputuskan oleh Majistret Oon Kork Chern.

Mengikut pertuduhan pertama, Ling didakwa memiliki kad pengenalan milik seorang lelaki pada 29 September 2025, sekitar 12.20 tengah malam, di sebuah premis di Jalan Pulau Li Hua.

Pertuduhan kedua pula menyatakan bahawa tertuduh menggunakan kad pengenalan milik seorang wanita pada 8 September 2025, sekitar 6.39 petang, di sebuah pasar raya di Jalan Salim.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa di bawah Peraturan 25(1)(o) dan 25(1)(e), Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes terbongkar apabila pengadu, pemilik kad pengenalan sebenar, menyedari tiada baki dalam kad MyKasih semasa cuba melakukan pembelian di pasar raya berkenaan pada 11 September 2025.

Juruwang memaklumkan bahawa kad tersebut telah digunakan pada 8 September. Pengadu kemudian menghubungi pusat khidmat pelanggan MyKasih dan dimaklumkan bahawa transaksi telah dibuat sekitar 6.41 petang di lokasi sama, dipercayai oleh tertuduh.

Selain itu, tertuduh turut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah dan dikenakan denda berjumlah RM10,000 atau penjara 21 bulan jika gagal membayar, oleh mahkamah sama.

Mahkamah turut memerintahkan pengawasan selama tiga tahun bagi setiap pertuduhan, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Februari 2023, pada 1.30 petang, 19 Mac 2023, pada 2.30 petang dan 23 Februari 2025, pada 3.25 petang, ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Balai Polis Sungai Merah, Jalan Wawasan.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Peguam Negara sahkan Shafie Apdal serah balasan notis tunjuk sebab pada Isnin
Next: FDS nafi halang SUHAKAM jalankan siasatan di Ulu Baram, tegas hormati prosiding mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.