Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Wanita dicekup ceroboh kediaman Jungkook BTS di Seoul
  • HIBURAN

Wanita dicekup ceroboh kediaman Jungkook BTS di Seoul

Utusan Sarawak 1 day ago
JUNGKOOK

SEOUL: Seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditahan polis selepas menceroboh kediaman anggota kumpulan BTS, Jungkook, menurut kenyataan Balai Polis Yongsan pada Ahad.

Wanita berkenaan dikesan sekitar jam 11.20 malam, Sabtu, ketika menyelinap masuk ke kawasan tempat letak kereta bawah tanah bangunan kediaman Jungkook dengan mengekori sebuah kenderaan yang memasuki premis tersebut.

Tindakannya berjaya dikesan oleh pengawal keselamatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum pihak polis dihubungi.

Ketika ditahan, wanita itu memberikan alasan yang tidak konsisten dan mendakwa dia sedang “melawat rumah rakan”.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan tersebut.

Insiden ini merupakan kes pencerobohan kedua yang berlaku di kediaman Jungkook dalam tempoh beberapa bulan.

Pada Jun lalu, seorang wanita warga China berusia lingkungan 30-an turut ditahan ketika cuba memasuki premis sama, pada hari Jungkook menamatkan latihan ketenteraannya.

Dia dikesan cuba memasukkan kod pintu kediaman dan mendakwa datang ke Korea untuk “bertemu Jungkook selepas tamat perkhidmatan”.

Wanita itu telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kejadian seumpama ini menyerlahkan isu berterusan dalam industri K-pop yang melibatkan peminat obsesif atau ‘sasaeng’ — yang bertindak melampaui batas dan mengganggu kehidupan peribadi artis.

Di bawah Akta Anti-Menghendap Korea Selatan 2021, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum 30 juta won (sekitar RM97,000).

Sekiranya melibatkan penggunaan senjata atau objek berbahaya, hukuman boleh meningkat kepada lima tahun penjara atau denda maksimum 50 juta won (sekitar RM162,000).
– Agensi

Continue Reading

Previous: Lagu tema HKHM 2025 dekat dengan jiwa saya – Biduanita Negara
Next: Gordon Ramsay jalani rawatan buang kanser kulit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.