Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wanita di sebalik pemimpin: Warisan kasih, kesabaran arwah ibu diangkat anak
  • SEMASA

Wanita di sebalik pemimpin: Warisan kasih, kesabaran arwah ibu diangkat anak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Norjihan sebak ketika Majlis Penyerahan Buku Kenangan ‘Revival of Sarawak Songket and Keringkam, Honouring Datuk Amar Juma’ani’ di DUN Sarawak. Foto UKAS

PETRA JAYA: Walaupun tidak pernah mencari perhatian di khalayak, kehadiran dan pengorbanan Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dianggap sebagai sumber kekuatan utama di sebalik kepimpinan suaminya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Anak beliau, Dayang Norjihan, hari ini mengangkat memori dan legasi ibu tercinta dalam ucapannya ketika Majlis Penyerahan Buku Kenangan ‘Revival of Sarawak Songket and Keringkam, Honouring Datuk Amar Juma’ani’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menurut Dayang Norjihan, arwah ibunya sentiasa membawa diri dengan rendah hati dan lebih selesa berperanan di belakang tabir, namun kasih sayang, sokongan serta pengorbanannya ternyata membentuk sendi kekuatan bagi keluarga dan negeri.

“Segala yang dilakukan ayah saya selama ini, ramai tak tahu sebenarnya lahir daripada kesabaran dan ketabahan ibu di belakang tabir.

“Arwah, bukan hanya isteri kepada pemimpin tertinggi negeri, tetapi juga ibu penyayang dan insan berhati lembut yang memartabatkan nilai kemanusiaan,” luahnya sebak.

DAYANG Norjihan berucap ketika Majlis Penyerahan Buku Kenangan ‘Revival of Sarawak Songket and Keringkam, Honouring Datuk Amar Juma’ani’ di DUN Sarawak.

Tambah Dayang Norjihan, Allahyarhamah ibunya sering membawanya mengunjungi rumah-rumah kebajikan, sekali gus mendidiknya tentang pentingnya sifat empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

“Beliau selalu ingatkan saya supaya tidak lupa kepada mereka yang memerlukan, kasih sayang dan bantuan itu bukan untuk dipertonton, tetapi ikhlas dari hati,” tambahnya.

Sebagai tanda penghormatan terhadap legasi Puan Sri Datuk Amar Juma’ani, Dayang Norjihan dititipi sehelai keringkam warisan milik Allahyarhamah, yang menjadi simbol kasih sayang, kekeluargaan dan kesinambungan budaya.

“Keringkam itu bukan sekadar barang warisan, tetapi lambang kasih sayang dan penghormatan terhadap tradisi serta budaya Sarawak.

“Keringkam ini saya terima sejak kecil dan ia bukan sekadar kain, tetapi titipan nilai, identiti dan kasih ibu kepada keluarga dan budaya kita,” jelasnya.

Dalam ucapan penuh perasaan itu, Dayang Norjihan berharap nilai-nilai kesederhanaan, kebijaksanaan dan keprihatinan arwah ibu akan terus dihayati oleh generasi akan datang bukan sahaja oleh keluarga, tetapi seluruh masyarakat Sarawak.

Pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani pada 23 Jun 2025 lalu pada usia 76 tahun telah disifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi Sarawak.  

Sepanjang hayatnya, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI), dan dikenali aktif dalam pelbagai kerja kebajikan serta aktiviti kemasyarakatan.  

Kerja kerasnya di kawasan pedalaman, kunjungan rutin ke masyarakat luar bandar serta keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik menjadikannya figura yang bukan sahaja dihormati oleh keluarga, tetapi juga disayangi oleh rakyat.  

Pada majlis penghormatan semalam, Dayang Norjihan meminta agar jasa dan keperibadian ibu beliau diabadikan sebagai inspirasi dan bukti bahawa wanita di belakang tabir turut memainkan peranan besar dalam menyokong kepimpinan negeri.

“Beliau mungkin tak gemar tampil di depan umum tetapi kasih dan pengorbanannya telah membentuk siapa kami hari ini. Saya harap nilai itu akan terus hidup,” katanya.

Harapan disemai agar legasi Puan Sri Juma’ani terus diwarisi melalui keluarga, budaya dan semangat kebajikan yang menjadi identiti sejati rakyat Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tourism Malaysia lancar pakej baharu Sarawak Delta Geopark
Next: DUN: ‘Tangkap Zaid, haramkan masuk Sarawak’ – Datuk Hamzah Brahim 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.