Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita di Kuching rugi RM103,600 terpedaya tawaran kerja sambilan atas talian
  • JENAYAH

Wanita di Kuching rugi RM103,600 terpedaya tawaran kerja sambilan atas talian

Utusan Sarawak 5 hours ago
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu.

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mengesahkan seorang wanita tempatan berusia 43 tahun mengalami kerugian sebanyak RM103,600 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian berkaitan tugasan e-dagang.

Alexson berkata pihak polis menerima laporan pada hari ini daripada mangsa yang telah diperdaya melalui kumpulan Telegram MLYR Group Chat ketika berada di rumah pada 14 November lalu.

Beliau berkata mangsa berminat dengan tawaran kerja yang menjanjikan komisen bagi setiap tugasan yang disiapkan sebelum diarahkan mengikuti saluran WhatsApp tertentu untuk mendapatkan komisen lebih tinggi.

Sepanjang penipuan ini mangsa telah membuat sembilan transaksi pembayaran ke dalam tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah RM103,600.

Alexson berkata, dari 1 Januari hingga hari ini, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kuching telah membuka 48 kertas siasatan melibatkan modus operandi yang sama dengan jumlah kerugian direkodkan sebanyak RM1,741,243.24 termasuk kes terbaharu ini.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperdaya secara tidak jujur untuk menyerahkan harta, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan, serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penganggur ditahan bersama 5.2 gram syabu di Limbang
Next: Warga emas rugi RM800,000 terpedaya pelaburan kosmetik atas talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.