Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Wanita dalam penerbangan: Menembusi batas, menakluk angkasa
  • INSPIRASI

Wanita dalam penerbangan: Menembusi batas, menakluk angkasa

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERATOR penyelenggaraan MAB Engineering, Nurlin Mazlan, percaya bahawa wanita mempunyai peluang yang sama dalam sektor penerbangan. Sektor penerbangan sejak sekian lama didominasi oleh lelaki, namun wanita kini berani menembusi halangan tersebut, sanggup berkorban demi mengejar impian serta membuktikan bahawa minat dan keazaman tidak mengenal jantina. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Industri penerbangan, yang sebelum ini didominasi lelaki, kini menyaksikan wanita mula menembusi sempadan tradisional, berani membuat pengorbanan demi mengejar impian, dan membuktikan bahawa minat, ketekunan dan keberanian tidak mengenal jantina.

Pada 2021, wanita hanya mewakili 4.7 peratus juruterbang pesawat global, 3.1 peratus jurutera penyelenggaraan pesawat dan 21.1 peratus pengawal trafik udara. Pada 2022, hanya enam peratus Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan adalah wanita.

Di Malaysia, Malaysia Aviation Group (MAG) melaporkan bahawa sehingga 6 Mac 2026, wanita menyumbang 36 peratus daripada jumlah pekerja syarikat.

Dedikasi yang Menginspirasikan

Bagi Nur Ashikin Mohammad Ariff, 41, Ketua Jurutera pertama wanita dalam industri penerbangan Malaysia yang berkhidmat di Firefly Airlines, dedikasi beliau bukan sekadar kata-kata, tetapi bukti keteguhan dan semangat.

Sebagai wanita pertama memegang jawatan Nominated Post Holder yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Nur Ashikin sanggup melakukan perjalanan dari Sungai Petani, Kedah, ke Subang Jaya, Selangor, semasa tempoh berpantang 15 hari demi menghadiri temu duga yang menandakan titik penting dalam kerjayanya.

Kini, beliau mengetuai pasukan jurutera seramai 52 orang, memastikan kompetensi staf dan kepatuhan ketat terhadap peraturan penerbangan — tanggungjawab besar yang memerlukan ketelitian mutlak.

“Di luar hangar, beliau kembali menempuh cabaran lain yang tak kurang pentingnya: menjadi ibu kepada tiga anak.

“Memegang jawatan ini bermakna jika berlaku apa-apa, anda bertanggungjawab bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga pihak berkuasa pengawalseliaan,” katanya kepada Bernama dan Berita Harian, baru-baru ini.

Nur Ashikin mendapat sokongan padu daripada suaminya, seorang juruterbang Malaysia Airlines, yang memahami jam kerja tidak menentu dalam operasi penerbangan.

OPERATOR penyelenggaraan MAB Engineering, Nurlin Mazlan, ketika ditemu bual oleh Bernama baru-baru ini mengenai wanita dalam industri penerbangan. Sektor penerbangan sejak sekian lama didominasi oleh lelaki, namun wanita kini berani menembusi halangan tersebut, sanggup berkorban demi mengejar impian serta membuktikan bahawa minat dan keazaman tidak mengenal jantina. Foto Bernama

“Keluarga saya sangat menyokong. Anak-anak saya sudah besar dan memahami tanggungjawab saya. Sokongan mereka membolehkan saya mengetuai pasukan, memenuhi keperluan regulatori dan menghadapi tekanan dalam bidang kejuruteraan tanpa rasa bersendirian,” katanya.

Mentaliti dan Ketabahan

Operator penyelenggaraan MAB Engineering, Nurlin Mazlan, 40, percaya bahawa wanita mempunyai peluang yang sama rata dalam sektor penerbangan.

“Sokongan ada, dan saya boleh berkembang dalam peranan yang berbeza. Tiada berat sebelah, atau mungkin saya boleh katakan bahawa bagi pihak organisasi, tiada diskriminasi,” katanya.

Bagi Nurlin, mengurus pasukan yang pelbagai adalah lebih daripada sekadar memberi arahan; ia adalah cabaran untuk menyelaraskan setiap minda dan peranan dengan misi dan visi yang mengemudi organisasi.

Berjalan seiring dengan Nur Ashikin, Nurlin berkata suaminya, seorang jurutera pesawat berlesen di Raya Airways, menjadi sokongan terbesar dalam mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kerjaya.

Adakah wanita yang berkeluarga menghadapi cabaran yang berbeza berbanding lelaki dalam jawatan yang sama?

“Dalam budaya kita, peranan tradisional masih diutamakan. Tetapi kita bergerak secara progresif, terutamanya dalam generasi saya — generasi milenial,” katanya.

Nurlin menekankan bahawa untuk memajukan diri, wanita perlu berani mengambil langkah keluar dari zon selesa.

“Saya pernah berfikir bahawa saya perlu memenuhi setiap kriteria sebelum naik pangkat. Tetapi pemikiran saya berubah — berani mencuba, menerima cabaran, dan belajar sepanjang perjalanan. Itu yang membawa kejayaan,” katanya.

KETUA Kejuruteraan di Firefly, Nur Ashikin Mohammad Ariff, ketika ditemu bual oleh Bernama baru-baru ini mengenai wanita dalam industri penerbangan. Sektor penerbangan sejak sekian lama didominasi oleh lelaki, namun wanita kini berani menembusi halangan tersebut, sanggup berkorban demi mengejar impian serta membuktikan bahawa minat dan keazaman tidak mengenal jantina. Foto Bernama

Memenuhi impian ibu

Bagi Ryani Airin Putri Wenas, 25, bekas guru Bahasa Inggeris dan Generasi Z kelahiran Indonesia, menjadi pramugari telah menepati impian ibunya, Henny Soagitono.

Ibu Airin, Henny Soagitono, 47, berasal dari latar belakang yang ketat dan tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai pramugari, kerana ibunya tidak menganggap kerjaya dalam penerbangan sebagai laluan kerjaya yang berdaya maju.

“Sejak kecil, ibu saya membimbing saya, menekankan disiplin, penampilan, dan kemahiran bahasa Inggeris. Semua itu menjadikan saya bersedia menghadapi cabaran kerjaya ini,” kata Airin, yang kini sebahagian daripada kru kabin Malaysia Airlines.

Beliau berazam membantu syarikat meraih semula gelaran World’s Best Cabin Crew pada Skytrax World Airline Awards akan datang.

“Ibu sangat menekankan penampilan diri, seperti menggosok gigi setiap hari, memastikan ia kemas dan bersih.” Bukan senang bagi seorang kanak-kanak, kan?

“Ibu saya memberitahu saya bahawa perkara-perkara kecil itu penting, seperti mengelakkan penggunaan telefon dalam gelap kerana ia akan merosakkan mata saya, serta meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris saya,” kata Airin.

Malaysia Airlines menerima Airin seperti ahli keluarga, dan beliau berazam membantu syarikat itu meraih kembali gelaran World’s Best Cabin Crew pada Skytrax World Airline Awards yang akan datang.”

KETUA Kejuruteraan di Firefly, Nur Ashikin Mohammad Ariff (kanan), ketika melawat hangar tayar armada Malaysia Airlines, mencerminkan kepimpinan beliau yang bersifat praktikal serta komitmen terhadap kecemerlangan kejuruteraan dalam industri yang kini menyaksikan semakin ramai wanita tampil memimpin dan memberi inspirasi. Foto Bernama

Menginspirasi Generasi Akan Datang

Daripada hangar ke landasan, wanita-wanita ini membuktikan bahawa penerbangan bukan lagi bidang eksklusif lelaki. Melalui ketabahan, keberanian, dan sokongan keluarga serta mentor, mereka bukan sahaja mencapai impian sendiri tetapi juga membuka laluan bagi generasi wanita akan datang yang akan mengikuti jejak langkah mereka.- Bernama

Continue Reading

Previous: Warga emas Kampung Datu Baru terus meronda demi keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.