Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita cuba serang Sultan Perak direman tiga hari
  • JENAYAH

Wanita cuba serang Sultan Perak direman tiga hari

Utusan Sarawak 4 days ago
SEORANG wanita yang cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di astaka utama semasa perarakan peringkat negeri sempena Hari Kebangsaan semalam, telah direman selama tiga hari bermula hari ini. Foto Bernama

IPOH: Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam, direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tempoh reman yang bermula hari ini hingga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu wanita berrusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota polis.

Semalam, polis menahan wanita tersebut yang cuba menyerang Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini. 

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu kemudian ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita ditahan cuba serang Sultan Nazrin semasa sambutan Hari Kebangsaan – Polis
Next: Polis terima tiga laporan himpunan solidariti ‘Justice for Zara’ di Tawau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.