
LIMBANG: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan akibat hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kubong, semalam.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot, mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bahawa ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Kampung Liang Datu menuju ke pusat bandar.
“Apabila melalui Jalan Kubong, kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan yang diparkir di bahu jalan.
“Mangsa dibantu oleh pasukan perubatan dari Limbang mengangkatnya keluar dari kenderaan untuk menerima rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
“Kini mangsa masih menerima rawatan di Hospital Limbang,” katanya dalam satu kenyataan petang semalam.
Oleh Adeng Edrus