Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita cedera pergelangan tangan dipindahkan bomba di Kapit
  • KEMALANGAN

Wanita cedera pergelangan tangan dipindahkan bomba di Kapit

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN bomba membantu memindahkan mangsa yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan dari kediamannya di Kampung Bestari 1, Kapit, tengah hari tadi. Foto BBP Kapit

KAPIT: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak membantu memindahkan seorang perempuan yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan akibat terkena pisau dari kediamannya di Kampung Bestari 1, Kapit, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada 12.00 tengah hari, sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

PASUKAN bomba membantu memindahkan mangsa yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan dari kediamannya di Kampung Bestari 1, Kapit, tengah hari tadi. Foto BBP Kapit

“Setibanya di lokasi, didapati tiada insiden banjir seperti yang dimaklumkan namun jarak dan laluan ke rumah pesakit sejauh lebih kurang 1kilometer (km) dan perlu melalui tujuh sungai anggaran empat hingga ke lima kaki lebar.

“Mangsa, 22, didapati tercedera di pergelangan tangan akibat terkena pisau. Mangsa menerima rawatan awal daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), seterusnya menghubungi pihak bomba untuk bantuan mengangkat mangsa keluar dari kediaman menuju ke ambulans dibawa ke hospital kerana laluan yang agak sukar dilalui,” ujarnya.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membawa pesakit ke ambulans dengan menggunakan usungan. 

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan kendiri di Jalan Lawas–Merapok
Next: Tanah susur di jalan Kampung Haji Baki, BBP Kota Sentosa ambil tindakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.