Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita cedera motosikal terbabas dalam parit
  • KEMALANGAN

Wanita cedera motosikal terbabas dalam parit

Utusan Sarawak 2 months ago
MANGSA, Nurelydia Hamdan, telah terjatuh ke dalam parit sedalam lima kaki di bahagian kiri jalan. Foto PGO JBPM Sarawak

SERIAN: Seorang wanita cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan terjatuh ke dalam parit di Kampung Pasir, Taman Pasir di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 11.48 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bersama anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian pada 11.53 pagi, didapati benar berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal Yamaha 150 berwarna hitam. 

“Mangsa, Nurelydia Hamdan, telah terjatuh ke dalam parit sedalam lima kaki di bahagian kiri jalan,” katanya.

Pasukan bomba yang diketuai PBK II (TBK I) Christopher Tugoh segera melakukan pemeriksaan dan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan di kaki kiri akibat terseliuh dan luka.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Serian menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Oleh Amanda L.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Langgar belakang treler, dua lelaki terselamat dalam kemalangan kendiri
Next: SAR teruskan pencarian mangsa jatuh bot ekspres

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.