Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat pertama kali – Laporan
  • GLOBAL

Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat pertama kali – Laporan

Utusan Sarawak 19 hours ago

Bangunan MI6 di London.

MOSCOW: Ketua baharu agensi perisikan Britain MI6 dijangka seorang wanita buat julung kalinya, apabila tiga calon akhir yang dipilih untuk sesi temu duga akhir baru-baru ini semuanya terdiri daripada wanita, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar The Times.

Temu duga untuk jawatan terbabit berlangsung minggu lalu, dan dua daripada tiga calon akhir adalah pegawai MI6, menurut laporan itu.

Akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa hanya satu daripada tiga calon yang dikenal pasti setakat ini – bekas Duta Besar United Kingdom ke China, Barbara Woodward, yang kini wanita berpangkat tertinggi di Pejabat Luar.

Namun, pencalonannya turut menerima kritikan berikutan pandangannya yang dilihat cenderung ke arah Beijing.

Ketua semasa MI6 Richard Moore dijangka akan berundur pada musim luruh ini selepas lima tahun memegang jawatan terbabit. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: Trump ikrar tingkatkan perdagangan dengan India, Pakistan
Next: 21 terbunuh, bas terjunam ke dalam gaung di Sri Lanka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.