Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita Australia maut selepas beg galas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • KEMALANGAN

Wanita Australia maut selepas beg galas tersangkut pada lif ski di Jepun

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEMALANGAN… Gondola dan lif ski di Tsugaike Mountain Resort.

TOKYO, Jepun: Seorang wanita warga Australia meninggal dunia selepas beg galasnya tersangkut pada lif ski di sebuah gunung di Jepun, menyebabkan beliau tergantung di udara, kata pihak polis, hari ini.

Wanita berusia 22 tahun itu sedang bersiap untuk turun dari lif ski pada pagi Jumaat lalu di Tsugaike Mountain Resort di Lembah Hakuba, destinasi ski popular di wilayah tengah Nagano.

Namun, gesper (klip) yang longgar pada beg galasnya telah tersangkut pada kerusi lif, menurut pengendali lif, Tsugaike Gondola Lift.

Wanita itu, yang telah mengikat beg galasnya menggunakan tali dada, kemudian ditarik oleh lif tersebut dan menjadi ‘tergantung’ di udara, kata seorang jurucakap polis wilayah Nagano kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, selaras dengan amalan biasa.

“Oleh kerana tali dada telah dipasang, beg galas itu tidak dapat ditanggalkan dari badan mangsa, dan tetamu tersebut telah ditarik bersama beg galasnya selepas turun dari lif,” kata Presiden Tsugaike Gondola Lift, Tsuneo Kubo, dalam satu kenyataan.

“Seorang petugas telah menekan butang henti untuk memberhentikan lif. Selepas usaha menyelamat, tetamu tersebut telah dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya.

Wanita itu meninggal dunia di hospital semalam, menurut jurucakap polis berkenaan.

Kubo berkata syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak penyiasat dan berikrar untuk menambah baik aspek keselamatan.

“Kami akan menangani perkara ini dengan penuh keikhlasan terhadap tetamu kami yang telah meninggal dunia serta ahli keluarganya yang ditinggalkan,” katanya.

“Kami memandang serius kejadian ini dan akan berusaha mengendalikan pusat peranginan ski ini dengan langkah keselamatan tertinggi bagi memastikan para tetamu dapat menikmatinya dengan penuh ketenangan,” katanya.

-AFP

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak perempuan hilang, ditemui terapung di Sungai Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.