Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita alami detik cemas selepas kaki tersepit di celah besi penutup longkang
  • KEMALANGAN

Wanita alami detik cemas selepas kaki tersepit di celah besi penutup longkang

Utusan Sarawak 4 days ago

TERSEPIT… Anggota bomba mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Sirih, malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seorang wanita berusia 57 tahun cemas apabila kakinya tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Sirih, malam tadi. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.08 malam. 

“Sepasukan bomba bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kaki wanita tersebut masih tersepit di celah besi penutup longkang,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk merenggangkan penutup besi tersebut. 

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa dari celah besi tersebut tanpa sebarang kecederaan pada mangsa. 

“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.20 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera Perodua Axia langgar belakang bas di Jalan Kuching–Serian
Next: Kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.