KUCHING: Seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Taman Kwong Thiong, Jalan Stephen Yong, di sini, kira-kira 3.00 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Barry William, berkata laporan kehilangan wanita berkenaan dibuat di Balai Polis Batu Kawa kira-kira 3.49 petang hari ini.
Beliau berkata wanita berkenaan dikenali sebagai Sachiel Anak Vincent dan kali terakhir dilihat memakai blaus berwarna kelabu serta seluar hitam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan wanita berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Batu Kawa, Sjn Yusman Jemain di talian 019-8866740, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Oleh Connie Chieng




