Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Wang Leehom terima 39 jahitan selepas terjatuh ketika konsert di Chengdu
  • HIBURAN

Wang Leehom terima 39 jahitan selepas terjatuh ketika konsert di Chengdu

Utusan Sarawak 4 hours ago
WANG Leehom cedera selepas terjatuh di pentas, tetap habiskan konsert

CHENGDU: Bintang Mandopop, Wang Leehom, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mengadakan konsert di Chengdu, China, pada Sabtu, namun tetap meneruskan persembahan sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Insiden berlaku pada permulaan konsert kedua daripada tiga persembahan yang habis dijual di Stadium Utama Taman Sukan Tasik Dong’an, sempena jelajah konsert The Best Place II.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan penyanyi berusia 50 tahun itu diturunkan ke pentas menggunakan sebuah platform dengan memakai tali keselamatan. Selepas tali keselamatan ditanggalkan oleh kru pentas, Wang dipercayai tersadung pada kabel keselamatan ketika mengundur sebelum bahagian kiri wajahnya terhentak pada bucu anak tangga.

Walaupun dibantu kru pentas, beliau segera bangun dan meneruskan persembahan.

Video lain yang dirakam sepanjang konsert menunjukkan bahagian kiri wajah Wang mengalami luka, manakala telinga kirinya berbalut dan berlumuran darah.

Menerusi hantaran di Instagram pada Ahad, Wang berkata kakinya tersangkut pada kabel keselamatan ketika pembukaan persembahan, menyebabkan beliau terjatuh dengan kuat.

Beliau berkata hentakan itu turut menyebabkan rawan telinga luar kirinya pecah kerana ketika itu beliau memakai alat pemantau telinga (in-ear monitor).

Akibat kecederaan itu, Wang memaklumkan beliau tidak dapat memakai alat pemantau telinga di sebelah kiri sepanjang baki persembahan dan hanya bergantung kepada pendengaran di telinga kanan.

“Persembahan mesti diteruskan,” katanya sambil menambah bahawa beliau tidak merasakan kesakitan ketika membuat persembahan di hadapan kira-kira 40,000 peminat.

Selepas konsert berakhir, Wang dibawa ke hospital dan menerima 27 jahitan pada telinga kiri serta 12 jahitan pada wajah.

Beliau turut menjalani imbasan CT yang mengesahkan tiada kecederaan pada tengkorak atau otaknya.

Dalam hantaran sama, Wang bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak serius walaupun pendarahan yang berlaku kelihatan membimbangkan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas keprihatinan mereka dan memaklumkan akan meneruskan persembahan terakhir di Chengdu seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, pihak pengurusannya menerusi kenyataan di Weibo memaklumkan petugas perubatan di lokasi mengesahkan keadaan Wang stabil dan membenarkannya meneruskan persembahan selepas kemalangan itu.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut di hospital turut mengesahkan penyanyi berkenaan berada dalam keadaan sihat untuk menjayakan konsert terakhir di Chengdu.

Siasatan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada pengendalian sistem rigging udara yang tidak sempurna ketika Wang sedang diturunkan ke pentas.

Pihak pengurusan memaklumkan individu yang bertanggungjawab kini disiasat secara dalaman dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Rakaman daripada persembahan terakhir pada Ahad menunjukkan Wang kembali membuat persembahan dengan telinga kirinya masih berbalut tebal.

Selepas Chengdu, Wang dijadual meneruskan jelajah The Best Place II ke Changsha, Xi’an, Suzhou dan Tianjin.- AGENSI

Continue Reading

Previous: Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 satukan bakat, kukuhkan perpaduan masyarakat Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.