Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wang Chuqin kembali kuasai ranking No. 1 dunia pingpong lelaki
  • SUKAN

Wang Chuqin kembali kuasai ranking No. 1 dunia pingpong lelaki

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN China Wang Chuqin kembali menduduki tangga teratas ranking perseorangan lelaki selepas Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) mengeluarkan senarai dunia terbaharunya hari ini, lapor Xinhua.

BEIJING: Pemain China Wang Chuqin kembali menduduki tangga teratas ranking perseorangan lelaki selepas Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) mengeluarkan senarai dunia terbaharunya hari ini, lapor Xinhua.

Wang meraih 1,000 mata ranking selepas menjuarai Kejohanan Pingpong Dunia (WTT) Macao pada Ahad, sekali gus mengatasi rakan senegara Lin Shidong dengan 9,425 mata berbanding 9,375 mata.

Naib juara WTT Macao, Hugo Calderano dari Brazil naik ke tempat ketiga, manakala pemain Jepun Tomokazu Harimoto jatuh ke tangga keempat. Pemain lain dalam kelompok 10 terbaik ialah Truls Moregard dari Sweden, Liang Jingkun (China), Felix Lebrun (Perancis), Benedikt Duda (Jerman), Xiang Peng (China) dan Darko Jorgic (Slovenia).

Bagi perseorangan wanita, pemain China menguasai sepenuhnya lima tangga teratas menerusi Sun Yingsha, Wang Manyu, Chen Xingtong, Kuai Man dan Wang Yidi.

Miwa Harimoto dari Jepun menjadi pemain bukan China yang berada di kedudukan tertinggi iaitu di tempat keenam, diikuti Zhu Yuling yang kini mewakili Macao, China. Mima Ito (Jepun), Chen Yi (China) dan Satsuki Odo (Jepun) melengkapkan senarai 10 terbaik.

China turut mendominasi acara beregu. Wang Manyu dan Kuai Man mengetuai ranking beregu wanita, Lin Shidong dan Kuai Man berada di tangga teratas beregu campuran, manakala pasangan adik-beradik Alexis dan Felix Lebrun dari Perancis mendahului beregu lelaki.

-BERNAMA-XINHUA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kecewa musim lalu, Arsenal kini buru trofi Eropah – Arteta
Next: Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit tempah slot ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.