Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Walmart naik harga barang akibat kos tarif
  • GLOBAL

Walmart naik harga barang akibat kos tarif

Utusan Sarawak 14 hours ago

NEW YORK: Walmart, peruncit terbesar di dunia, memaklumkan bahawa tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump adalah “terlalu tinggi” dan syarikat itu akan menaikkan harga beberapa barangan kerana perang dagang global Trump meningkatkan kos operasi syarikat itu, lapor Xinhua.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan harga serendah mungkin. Namun, memandangkan saiz tarif yang besar, walaupun pada kadar lebih rendah yang diumumkan minggu ini, kami tidak dapat menyerap sepenuhnya tekanan itu memandangkan margin keuntungan runcit yang menguncup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Walmart Doug McMillon, pada Khamis dalam panggilan persidangan pendapatan syarikat.

Seperti banyak syarikat AS lain, Walmart tidak mengeluarkan unjuran keuntungan bagi suku ini kerana persekitaran yang tidak menentu, dengan dasar tarif AS yang berubah-ubah secara berterusan. Syarikat itu mengekalkan panduan setahun penuh yang dikeluarkan pada Februari, menurut laporan Associated Press.

Ramai rakyat Amerika kini mengurangkan perbelanjaan mereka kerana bimbang terhadap keadaan ekonomi.

Data kerajaan mendedahkan pertumbuhan jualan runcit yang perlahan pada Khamis.

Walmart berkata penggunanya kekal berhati-hati dan lebih memilih dalam perbelanjaan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa tarif Trump ke atas China dan negara lain mengancam model harga rendah yang menjadi asas kejayaan Walmart. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh
Next: Syarikat AS ‘tidak bersedia’ bersaing dengan Rusia, China di Afrika- Diplomat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.