
KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak mengumumkan pelanjutan waktu operasi bagi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di pintu sempadan Malaysia-Brunei Darussalam sempena Aidilfitri 1446H/2025.
Pelanjutan waktu operasi bermula semalam, 26 Mac hingga 6 April 2025 ini bertujuan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan serta memudahkan pergerakan ulang-alik rakyat Malaysia dan Brunei sepanjang tempoh perayaan.
Langkah ini diambil sebagai inisiatif untuk memastikan kelancaran trafik serta memberikan kemudahan kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman atau berkunjung ke negara jiran bagi meraikan Aidilfitri.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan baik dan mematuhi segala peraturan serta prosedur imigresen yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di sempadan.