Waktu operasi feri Batang Saribas dilanjut hingga 2 pagi 

Facebook
WhatsApp

BETONG: Waktu operasi feri Batang Saribas (Pusa-Beladin) akan dilanjutkan dari 12 tengah malam sehingga jam 2 pagi bermula kelmarin sehingga Ahad, 20 November ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dalam satu kenyataan menyatakan masa lanjutan dilaksanakan bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Masa feri dilanjutkan adalah untuk memudahkan pergerakan masyarakat tempatan bagi mengikuti program sepanjang tempoh PRU-15 dijalankan.

“Ini juga dapat membantu pengguna feri untuk menunaikan tanggungjawab mengundi serta memberi ruang untuk proses demokrasi berjalan dengan baik dan lancar,”katanya.

Mengenai operasi feri Batang Lupar (Sebuyau-Triso) bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang notis pemberitahuan pemakluman perubahan masa.