Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Waktu musim panas bermula, Eropah cepat satu jam
  • GLOBAL

Waktu musim panas bermula, Eropah cepat satu jam

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

BERLIN: Waktu di majoriti negara Eropah dicepatkan satu jam lebih awal hari ini ketika benua itu beralih kepada waktu musim panas, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Jam di kebanyakan negara Eropah termasuk Jerman akan melangkau satu jam pada 2.00 pagi (0100 GMT) hingga 3.00 pagi, menandakan waktu petang yang lebih panjang dan hari yang lebih cerah.

Ini bermakna, untuk beberapa bulan akan datang, bahagian Eropah akan berada pada Waktu Musim Panas Eropah Tengah (CEST) sebelum beralih kembali ke Waktu Eropah Tengah (CET) pada musim luruh.

Matlamat perubahan itu adalah untuk menggunakan lebih baik cahaya siang pada hari-hari yang lebih pendek semasa musim sejuk di hemisfera utara.

Isyarat untuk penukaran automatik jam di Jerman adalah daripada Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) di bandar utara Braunschweig, juga dikenali sebagai Brunswick dalam bahasa Inggeris.

Pakar institut itu memastikan bahawa jam kawalan radio, jam stesen dan banyak jam industri dibekalkan dengan isyarat melalui pemancar gelombang panjang yang dipanggil DCF77 di Mainflingen berhampiran Frankfurt.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Algeria Liamine Zeroual meninggal dunia
Next: Dua gempa bumi landa timur Indonesia, tiada kerosakan, mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.