Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Waktu lawatan ke Rawdah untuk lelaki, wanita ditetapkan demi kelancaran
  • GLOBAL

Waktu lawatan ke Rawdah untuk lelaki, wanita ditetapkan demi kelancaran

Utusan Sarawak 52 mins ago
Pintu laluan ke Rawdah di Masjid Nabawi.
Jemaah di luar Masjid Nabawi. Gambar fail AFP

MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu lawatan harian ke Al-Rawdah Al-Sharifah di Masjid Nabawi bagi lelaki dan wanita, dengan syarat permit diperoleh melalui platform Nusuk (sah sekali setiap 365 hari) atau laluan akses segera berhampiran masjid bagi memastikan pergerakan pengunjung terkawal.

Waktu lawatan bagi lelaki dibenarkan dari 2 pagi hingga solat subuh dan sekali lagi dari 11.20 pagi hingga solat isyak. 

Pada Jumaat, lelaki mempunyai tambahan waktu dari 9.20 pagi hingga 11.20 pagi serta dari selepas solat Jumaat hingga solat isyak, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Bagi wanita, lawatan bermula selepas solat subuh hingga 11 pagi, manakala sesi malam berlangsung dari selepas solat isyak hingga 2 pagi. 

Pada Jumaat, sesi pagi berakhir lebih awal iaitu dari selepas solat subuh hingga 9 pagi, sementara waktu malam kekal sama (selepas solat isyak hingga 2 pagi).

Kemasukan lawatan dikawal sepenuhnya melalui pekarangan selatan di hadapan Pintu Makkah 37 mengikut laluan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa warga emas dibenarkan masuk dengan menggunakan kerusi roda tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi memudahkan akses.

— BERNAMA-SPA

Continue Reading

Previous: Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km
Next: Netflix ambil alih studio Hollywood Warner Bros dengan nilai AS$82.7 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.