Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wakil rakyat PDP setiap cawangan diingatkan dahulukan negeri, rakyat
  • WILAYAH

Wakil rakyat PDP setiap cawangan diingatkan dahulukan negeri, rakyat

Utusan Sarawak 12 months ago
BERSAMA PDP… (duduk, dua kiri), Daniel, Ang, Penguang,Henry, Goon Tee (duduk, dua kanan) bersama kepimpinan PDP Bukit Kota dan Batu Danau Limbang. 

LIMBANG: Semua wakil rakyat daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) di setiap cawangan di Sarawak diingatkan mendahulukan Sarawak dan rakyat dalam memastikan parti itu memperolehi majoriti  tinggi pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden PDP Negeri Datuk Dr Penguang Manggil berkata pemimpin di setiap cawangan dan bahagian di peringkat akar umbi perlu melakukan persiapan rapi serta mengatur strategi ampuh untuk memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak juga optimis penyertaan Parti Bersatu Sarawak (PBS) ke dalam parti itu pada pilihan raya akan datang mampu membantu memperolehi majoriti dan kemenangan tinggi.

“Ini bergantung kepada tiap-tiap cawangan dan bahagian di peringkat akar umbi untuk menentukan kita akan mendapat majoriti  lebih banyak pada pilihan raya  akan datang.

“Kepada wakil rakyat PDP di Sarawak  saya  ingin menasihatkan mereka supaya melaksanakan tugas mereka dengan ikhlas dan  sebaiknya dan sentiasa mengutamakan kepentingan  Sarawak di dan  rakyat di dahulukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sesi Randau PDP N79 Bukit Kota dan PDP N80 Batu Danau Bersama Pemimpin di Limbang baru-baru ini.

Turut sama ialah Pengerusi PDP Batu Danau Henry Madai, Pengerusi PDP Bukit Kota Ang Ek Chong, Ketua Wanita PDP Batu Danau yang juga Exco Wanita PDP Negeri Lim Goon Tee dan Ketua Pemuda PDP Batu Danau yang juga Exco Negeri Kaunselor Daniel Taha.

Penguang turut percaya wakil rakyat yang melaksana tugas secara ikhlas dan mendahulukan rakyat tidak akan berdepan masalah besar.

Katanya, pihaknya, tidak berdepan masalah besar di kawasannya namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk parti itu sambil lewa sebaliknya bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik memikat hati rakyat.

PDP, katanya lagi sentiasa berwaspada dan bersiap sedia setiap masa dan menjadikan pengalaman pilihan raya lalu sebagai indikator untuk terus berkhidmat dan mendampingi rakyat dalam memperoleh undi dan majoriti rakyat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Elak perbandingan, percaya pemimpin bangunkan kawasan
Next: 135 pekebun kelapa sawit, lada terima baja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.