Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wakaf MARA bantu sedia kemudahan untuk generasi akan datang
  • TEMPATAN

Wakaf MARA bantu sedia kemudahan untuk generasi akan datang

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH… Dato’ Sri Fadillah Yusof menyerahkan replika cek kepada wakil penerima bagi Program Pembangunan RISDA Bahagian Samarahan 2025 semasa majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran KKDW, hari ini.  

KOTA SAMARAHAN: Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA) diperkenalkan sebagai satu usaha yang dapat memperluas akses kepada pendidikan dan kebajikan dalam kalangan umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa amalan ini bukan sekadar sumbangan sementara, sebaliknya satu bentuk pelaburan jangka panjang yang memberi kesan berpanjangan, terutama dalam menyediakan kemudahan untuk generasi akan datang.

“Wakaf adalah satu bentuk pemberian yang pahalanya berkekalan. Ia bukan hanya meringankan beban golongan memerlukan, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang dalam bidang pendidikan serta kebajikan,” katanya ketika berucap pada majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Masjid Darul Sabirin, Kampung Empila hari ini. 

Fadillah turut menekankan bahawa Ramadan merupakan waktu terbaik untuk meningkatkan amalan memberi dan berkongsi rezeki. Wakaf bukan sekadar membantu mereka yang kurang berkemampuan, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta memupuk semangat perpaduan.

“Budaya memberi pada Ramadan ini wajar diteruskan sepanjang tahun. Wakaf bukan hanya ibadah, tetapi juga satu inisiatif untuk mengukuhkan hubungan sesama insan dan membentuk masyarakat yang lebih prihatin serta penyayang,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan bahawa keuntungan daripada Wakaf MARA Madani dijangka diagihkan mulai Julai ini. 

SUMBANGAN… Dato Sri Fadillah Yusof menyerahkan replika cek kepada penerima Bantuan PPRS Baik Pulih semasa majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran KKDW hari ini. 

Beliau menyatakan bahawa inisiatif ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf, pendidikan, dan pembangunan usahawan, selaras dengan matlamat wakaf untuk memperkukuh kesejahteraan ummah.

Pengumuman ini menandakan langkah proaktif dalam memastikan dana wakaf digunakan secara efektif untuk manfaat masyarakat, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh sistem sokongan sosial dan ekonomi melalui instrumen wakaf.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebuhraya Pan Borneo: Sibuti antara kawasan terakhir dalam pembinaan
Next: Jambatan merentasi Sarikei-Tanjung Manis dibuka Jumaat depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.