Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wajibkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya RM100, tidak relevan
  • TEMPATAN

Wajibkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya RM100, tidak relevan

Utusan Sarawak 2 years ago

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Dato Jonathan Chai

KUCHING: Tidak adil dan tidak munasabah untuk mengharapkan majikan dan sektor swasta menanggung keperluan kewangan pekerja terutamanya apabila mereka bergelut untuk pulih daripada mengatasi kesan dan cabaran yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19.

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Dato Jonathan Chai berkata demikian susulan kenyataan daripada Naib Presiden Rangkaian Kesatuan Pusat Buruh Antarabangsa-Malaysia (UNI-MLO), Mohamad Ibrahim Hamid berharap Kerajaan Perpaduan mempertimbangkan untuk mewajibkan sektor swasta mempunyai kenaikan gaji tahunan standard sekurang-kurangnya RM100 di bawah Bajet 2023.

“Adalah lebih mudah untuk berkata daripada melakukan untuk mencadangkan apa-apa kenaikan gaji atau caruman untuk pekerja, apabila kos menjalankan perniagaan semakin meningkat dan pengusaha perniagaan tercekik oleh semua beban tambahan.

“Akhirnya, perniagaan akan terjejas dan pekerja akan kehilangan pekerjaan dan diberhentikan. 

“Kami memahami kesukaran dan kesusahan pekerja tertentu yang terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi ke atas barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Katanya, kerajaan harus memberi bantuan dan memberi bantuan kewangan yang diperlukan kepada kumpulan B40 dalam bajet akan datang daripada membebankan tambahan kepada majikan dan sektor swasta yang masih pulih daripada ekonomi yang merosot.

Tambah Chai, beliau tidak menjangkakan banyak kebaikan daripada belanjawan ini untuk sektor perniagaan kerana kekangan kedudukan fiskal negara, beliau berharap tidak akan ada sebarang kejutan yang cenderung meningkatkan kos operasi untuk perniagaan.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: PUSAKA dokong  hasrat  Premier Sarawak
Next: Bazar Ramadan MPP di 11 lokasi tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.