Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wajib jalani ujian PCR
  • TEMPATAN

Wajib jalani ujian PCR

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN … Dato’ Sri Fatimah Abdullah menyaksikan golongan bapa di Rumah Seri Kenangan memotong kek sempena Hari Bapa.

SERIAN: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menyarankan pekerja pusat jagaan swasta diwajibkan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR) Covid-19.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ujian berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang diwajibkan oleh kementeriannya kepada semua pusat jagaan di bawah kerajaan.

“Bagi kita adalah wajib oleh itu kita menggalakkan pusat jagaan milik swasta juga melaksanakannya,” katanya sambil meminta saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka harus dibuat setiap hari.

Fatimah juga meminta pekerja sektor swasta perlu mengisi borang deklarasi berhubung pergerakan mereka.

“Kalau ada gejala seperti suhu badan naik, demam dan batuk, jangan datang kerja,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Rumah Seri Kenangan Kuching di Jalan Datuk Mohd Musa, di sini semalam.

Menurut Fatimah arahan berkenaan wajib dipatuhi bagi mengelak pekerja yang membawa virus menjangkiti warga emas di pusat jagaan masing-masing.

Selain itu, Fatimah menekankan SOP pusat jagaan warga emas tidak menerima kunjungan orang luar, tidak membenarkan penghuni keluar dan amalan penjarakan sosial harus dipatuhi tanpa culas.

“Kerja penyahkuman juga harus dilaksanakan di kawasan pusat jagaan termasuk peralatan dan penyediaan makanan harus bersih,” ujarnya meminta sama ada pusat jagaan pihak swasta atau badan bukan kerajaan (ngo) melakukan pematuhan SOP.

Bercakap mengenai status pekerja Rumah Seri Kenangan Kuching, Fatimah memberitahu kesemua pekerja telah menjalankan ujian saringan Mei lalu.

“Keputusan ujian saringan terhadap pekerja adalah negatif,” jelasnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Polis pantau premis nombor ramalan
Next: 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.