Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wahi dinafikan visa Kanada, terlepas aksi Piala Dunia Ivory Coast bertemu Jerman
  • SUKAN

Wahi dinafikan visa Kanada, terlepas aksi Piala Dunia Ivory Coast bertemu Jerman

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMAIN penyerang Ivory Coast, Elye Wahi pada aksi pembukaan Kumpulan E menentang Ecuador. Foto AFP

ABIDJAN, Ivory Coast: Pemain penyerang Elye Wahi akan terlepas aksi kedua Piala Dunia Ivory Coast menentang Jerman selepas permohonan visanya untuk memasuki Kanada ditolak, menurut Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) hari ini.

“Kebenaran pentadbiran yang diperlukan untuk kemasukannya ke wilayah Kanada masih belum diperoleh setakat ini,” kata FIF sambil menambah bahawa beliau tidak dapat “berangkat bersama delegasi ke Kanada” bagi perlawanan di Toronto pada awal pagi ahad (waktu Malaysia).

FIF tidak memberikan sebarang sebab berhubung penolakan visa tersebut.

Wahi menjadi pemain kedua di Piala Dunia yang dinafikan kemasukan ke Kanada selepas pemain Ghana, Thomas Partey, yang sedang berdepan pertuduhan rogol di Britain.

Beberapa media melaporkan hari ini bahawa Wahi pernah disoal siasat oleh polis Perancis berhubung syak wasangka mengatur keputusan pertaruhan (spot-fixing) dalam satu perlawanan Ligue 1 ketika beliau beraksi bersama Nice.

Kes itu berkaitan kad kuning yang dilayangkan kepada Wahi dalam keputusan seri 0-0 menentang Metz pada pertengahan Mei, selepas pihak berkuasa pertaruhan mengesan jumlah pertaruhan luar biasa yang dibuat terhadap pemain berusia 23 tahun itu untuk menerima kad.

Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) semalam mengumumkan bahawa ia telah membuat laporan polis berhubung “fakta yang boleh dianggap sebagai penipuan sukan dan rasuah terancang”.

Dilahirkan di Perancis, Wahi menukar kesetiaan untuk mewakili negara Afrika itu pada Mac lalu dan beraksi dalam kemenangan 1-0 Ivory Coast ke atas Ecuador dalam aksi pembukaan Kumpulan E pada Isnin lalu.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan buat The Elephants adalah menentang Curacao di Amerika Syarikat pada 25 Jun. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Konate sertai Real Madrid dengan kontrak empat tahun
Next: Piala Dunia: Apa yang dipelajari selepas pusingan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.