Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wacana Jelajah Seni Tunanetra serlahkan bakat tanpa batasan fizikal
  • TEMPATAN

Wacana Jelajah Seni Tunanetra serlahkan bakat tanpa batasan fizikal

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap pada majlis perasmian Wacana Jelajah Seni Tunanetra dan pelancaran antologi sajak Tongkat Putih di Daerah Ini.

PETRA JAYA: Semangat keterangkuman diraikan menerusi Wacana Jelajah Seni Tunanetra dan pelancaran antologi sajak Tongkat Putih yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, hari ini.

Program ini membuktikan bahawa keterbatasan fizikal bukanlah penghalang untuk menghasilkan karya seni yang bermutu, sekali gus membuka ruang penghargaan lebih luas terhadap bakat golongan orang kurang upaya (OKU), khususnya yang cacat penglihatan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang turut memuji inisiatif penganjuran program itu sebagai satu langkah penting ke arah memperkasakan insan berkeperluan khas di negeri ini.

Menurut beliau, tema Seni Tanpa Sempadan bukan sekadar ungkapan retorik, malah menjadi lambang pelaksanaan keterangkuman sosial yang sebenar seperti yang diimpikan dalam agenda kemajuan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Tema ini sangat menyentuh hati kerana ia memberi makna mendalam tentang semangat keterangkuman.

“Hari ini, kita lihat keterangkuman itu dizahirkan melalui dunia seni, sastera dan budaya yang meraikan bakat luar biasa insan istimewa walaupun dalam keterbatasan fizikal,” katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB), DBP Cawangan Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas kerjasama dalam merealisasikan wacana dan penerbitan antologi tersebut.

Antologi sajak Tongkat Putih ini merupakan hasil bimbingan program bengkel penulisan yang dikendalikan oleh penulis berpengalaman termasuk pemenang Anugerah S.E.A. Write, Zaen Kasturi. 

Walaupun manuskrip asal dihantar ketika pandemik pada 2021, usaha penulis tunanetra itu tidak terhenti meskipun berdepan penolakan awal.

“Seperti atlet para SUKMA yang bangkit semula selepas gagal, penulis ini juga menunjukkan semangat yang sama. 

“Dengan bimbingan dan usaha gigih, akhirnya karya mereka diterbitkan, memenuhi piawaian yang ditetapkan DBP,” jelasnya.

Beliau turut menggesa agar lebih banyak peluang diberikan kepada golongan kurang upaya untuk meneroka bidang seni dan penulisan, termasuk melalui cadangan penganjuran Festival Seni Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini dalam perancangan bersama DBP.

“Saya percaya jika festival ini menjadi realiti, ia bukan sekadar meraikan bakat tetapi membuktikan bahawa prinsip keterangkuman benar dihayati dan diamalkan di Sarawak,” katanya.

Fatimah turut berharap agar usaha seumpama ini terus disuburkan dan tidak terhenti separuh jalan, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pengkarya seni dan sastera daripada komuniti berkeperluan khas untuk terus bersinar.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong supports Foochow Women’s Wing in preserving heritage
Next: Safari Rakit Selangau jadi tarikan utama Karnival Selangau 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.